BAGAN DATOH : Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) menyelar dan kesal dengan tindakan pihak keselamatan negara dalam menangani perhimpuanan aman anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( BERSIH ) pada 9 Julai 2011 yang lalu.
Mereka bagaikan " tersampuk " dan menggila ketika cuba memenuhi " hajat dan arahan " para pemimpin negara yang sememangnya gerun dan takut dengan kebangkitan rakyat. Pelbagai kekejaman dan kezaliman dipergunakan dan dilaksanakan yang kononnya membenteras masalah besar bakal berlaku sekiranya gagal diatasi segera.
Rakyat yang datang dari seluruh negara hanyalah berbekalkan pakaian lengkap serta kelengkapan biasa sebagaimana hari biasa. Mereka bukannya membawa dan berbekalkan senjata berbahaya seperti yang di war - warkan media milik kerajaan sebelum ini. Namun, demi arahan pemimpin zalim, para " budak suruhan berani " ini bertindak membabi buta.
Wajarkan pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan perhimpunan yang aman?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan