pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 26 Julai 2011

KEMALANGAN MAUT : DUA MENINGGAL DUNIA

Dua maut digilis lori sawit 




HUTAN MELINTANG - Dua remaja maut digilis lori muatan buah kelapa sawit dalam satu kejadian pagi semalam, dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.40 pagi itu, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dan sebuah lori jenis Hino. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmat Tan, 20, berasal daripada Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor manakala pemboncengnya dikenali sebagai Noraini Zulkafli, 20, dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan, maut di tempat kejadian. 

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari arah Bagan Datoh ke Hutan Melintang dipercayai cuba memotong kenderaan hadapan mereka, di sebelah kiri bahu jalan. 

“Cubaan memotong kenderaan di hadapan mereka gagal apabila terbabas sendiri lalu jatuh ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah lori daripada arah Bagan Datoh ke Hutan Melintang. 

“Disebabkan jarak terlalu dekat, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu menggilis dan menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam. 

Kok Liang berkata, Noraini mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala Ahmat putus kaki kiri dan cedera parah di bahagian dada, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat. 

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008