pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 12 Julai 2011

POLIS BERBOHONG : ANWAR IBRAHIM

Anwar dakwa polis bohong 

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pihak polis yang didakwanya membuat dua pembohongan berhubung perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara, kelmarin.

Beliau berkata, pembohongan pertama adalah jumlah peserta perhimpunan haram yang dikatakan hanya seramai 6,000 orang sedangkan jumlahnya jelas menunjukkan lebih daripada itu.

Dakwaan tiada sebarang kecederaan dialami peserta perhimpunan juga disifatkannya satu pembohongan.

Anwar mendakwa beliau terkena tembakan gas pemedih mata pada jarak dekat dan mengalami kecederaan hingga perlu mendapatkan rawatan di hospital dan menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berlakon dan meminta pihak terlibat melihat laporan perubatannya.

“Saya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan peguam saya sedang mengkajinya,” katanya ketika ditemui selepas sesi Dialog Ekonomi Profesional Muda anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, di sini, semalam.

Ketika ditanya adakah perhimpunan Bersih kelmarin mencapai matlamatnya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, cukuplah apabila dunia sudah mengetahui bahawa pilihan raya di negara ini tidak adil dan telus.

Mengulas mengenai kemungkinan diadakan satu lagi perhimpunan di Stadium Merdeka pada masa akan datang, beliau menyerahkannya kepada penganjur namun berpendirian perjuangan Bersih harus diteruskan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya kelmarin berkata, peserta perhimpunan haram kelmarin dianggarkan berjumlah antara 5,000 hingga 6,000 orang.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008