pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 12 Julai 2011

APA SALAH BERSIH? : MURSYIDUL AM

Bukan salah penganjur: Nik Aziz 
KOTA BHARU – Penganjur demonstrasi Bersih 2.0 tidak boleh dipersalahkan atas kekecohan yang berlaku di Kuala Lumpur Sabtu lalu, malah tindakan pihak berkuasa menyekat hasrat menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dilihat sebagai punca ia tercetus.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat yang berhimpun bagi menuntut pilihan raya adil itu sepatutnya diberi peluang meluahkan ketidakpuasan hati mereka, bukannya disekat.

Menurutnya, rakyat tidak sanggup menghabiskan masa, wang serta meninggalkan keluarga untuk menyertainya sekiranya kekotoran tidak berlaku dalam pilihan raya.

“Kerana ada kekotoranlah, maka rakyat sanggup berkumpul walaupun dilarang polis dan kita kena ingat yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan orang kampung, tapi golongan intelektual malah diketuai pengamal undang-undang, Datuk S Ambiga.

“Kenapa tidak benar demonstrasi? Adakah kerana nak tutup kejahatan? Tak payah tutup, semua orang tahu, tapi bila polis sekat maka berlakulah kejadian yang dikatakan sebagai keganasan,” katanya.

Beliau menyifatkan gerakan demonstrasi tersebut seperti air dari langit turun ke bumi yang memasuki rumah dan kampung sekiranya ‘alirannya’ disekat.

“Tak payah sekat, biar dia turun ke laut, jiwa manusia ni kalau disekat dia melawanlah, rakyat marah bila demokrasi disekat seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini kelmarin daripada mengerjakan umrah.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau mengikuti perkembangan mengenai demonstrasi Bersih 2.0 ketika berada di luar negara dan terlalu kecewa dengan tindakan pihak berkuasa.

Katanya, beliau juga kecewa dengan penangkapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Atas kesalahan apa Haji Hadi ditangkap, dia tak kacau orang, atas dasar apa tangkap dia.

“Kita bukan nak buat kacau tapi berilah peluang kami meluahkan masalah ini kepada Yang di-Pertuan Agong yang kita anggap sebagai bapa kepada seluruh rakyat negara ini,” katanya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008