pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 28 Julai 2011

LAGI BANYAK MASALAH GUNA BIOMETRIK : PR

Biometrik tambah lebih banyak masalah: PR

KUALA LUMPUR - Sistem biometrik yang dijangka akan diguna pakai pada pilihan raya umum akan datang, hanya akan menambah lebih banyak masalah selain kos yang akan dibelanjakan untuk melaksanakannya lebih tinggi berbanding penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh pembangkang. 

Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) yang menyatakan demikian, berkata mereka yang biasa dengan sistem biometrik dan sistem komputer tahu bahawa perlaksanaannya akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan sistem keselamatan. 

Sekretariat itu yang diwakili Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli; Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, biometrik tidak berupaya menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kerana sistem itu dibina berdasarkan pendekatan yang salah iaitu setiap individu yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. 

“Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya. 

Menurut kenyataan itu, sistem biometrik bukan sahaja menelan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang untuk dilaksanakan, tetapi dikhuatiri melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang mungkin akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi. 

“Sistem itu juga akan menghapuskan proses timbang tara melalui penyertaan ejen mengundi ketika proses membuang undi yang sebelum ini memberi ruang kepada parti politik memainkan peranan memastikan pilihan raya adalah adil dan saksama,” katanya. 

Mereka berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menimbangkan cadangan lapan tuntutan Bersih 2.0 terutama mengenai penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah selain memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. 

“Sistem pilihan raya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru,” katanya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008