9 terkorban di Afghanistan
KABUL - Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh manakala 12 lagi cedera termasuk orang awam dalam serangan pengeboman berani mati di lapangan terbang tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), timur Pakistan, semalam.

Dalam satu kenyataan, pejuang Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ‘balas dendam’ pada pintu lapangan terbang Jalalabad berpunca daripada insiden membakar Al-Quran pada minggu lalu.

Sementara itu, jurucakap tentera Nato di wilayah Nangarhar mengesahkan letupan kereta tersebut tidak memusnahkan peralatan di dalam bangunan.

Kelmarin, beberapa pelatih tentera cedera selepas pangkalan tentera di utara Afghanistan dibaling bom tangan dalam kejadian protes ganas yang berlarutan hampir seminggu di negara itu.