pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 27 Februari 2012

PERGINYA SEORANG PEJUANG ISLAM...

AKAN KAMI TERUSKAN PERJUANGAN MU...
BAGAN DATOH : Pada hari Khamis lalu ( 23 Feb. 2012 ), telah perginya seorang pejuang Islam menemui Rabbul Jalil iaitu Allahyarham Pak Kiyai Mahuk atau nama sebenarnya Tuan Guru Mashud di usia 70-an. Beliau telah melepaskan nafas terakhirnya pada pukul 3 petang hari tersebut di rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Tiang Darat.

Allahyarham sememangnya seorang tokoh agama yang cukup disegani dan dikagumi ketika hayatnya di sekitar kawasan Bagan Datoh dan berhampiran. Beliau bukan sahaja seorang tuan guru atau alim ulama, bahkan beliau merupakan seorang ahli politik.

Ketika hidupnya dahulu Almarhum sangat dihormati di kampungnya dan dikenali ramai sebagai Pak Kiyai (Tok Guru). Beliau telah banyak mencurahkan ilmu di kebanyakkan masjid di sekitar Bagan Datoh dan juga menghadiri jemputan - jemputan ceramah di merata tempat.

Kuliah tetap mingguan kaum ibu setiap petang hari Rabu dan Khamis di surau Pak Kiyai Masduki (ayahanda) dan Kuliah Mingguan setiap malam Ahad di Masjid Sg Tiang Darat.

Almarhum juga merupakan seorang yang sangat tegas dalam mendidik keluarga serta masyarakat. Beliau adalah merupakan abang kepada Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki yang merupakan Yang Dipertua PAS Bagan Datoh juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Manakala penglibatannya dalam parti politik adalah merupakan anugerah kepada Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) kawasan Bagan Datoh. Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai  Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Datoh beberapa penggal yg lalu, dan beliau juga pernah menjadi calon PAS di DUN Rungkup dalam Pilihanraya tahun 70 -an.

Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiang Darat pada hari Jumaat serta disolatkan di Masjid kampung berkenaan pada jam 10 pagi. Turut hadir menyembahyangkan jenazah antaranya Ustaz Abu Bakar Husin ( Pesuruhjaya PAS Perak ), YB. Anuar Sudin ( ADUN Changkat Jong ) serta beberapa pimpinan peringkat negeri dan kawasan.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008