pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 9 Februari 2012

REGU POLIS MANTAP - JUARA SEPAK TAKRAW DPPK BD 2012

BAGAN DATOH : Pasukan regu Balai Polis Bagan Datoh telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh 2012 yang telah berlangsung pada 7 Februari bertempat di Dewan Baharu PAS Kawasan, Selekoh di sini.


Pasukan tersebut yang dibarisi 4 orang pemain terdiri Fazzrul Eizzuan bin Mohd Nor, Muhammad Azizi bin Mohd Mokhtar, Mohd Nazrin Naim bin Idlan dan Mohd Naim Asyraf bin Ahmad Fuad telah beraksi dengan persembahan yang baik serta mantap.


Sebelum bergelar juara, pasukan tersebut telah diundi bersama pasukan B yang juga bersama pasukan Simpang Tiga dan S. M Irshadiah. Bagi peringkat kumpulan, Balai Polis telah berjaya memenangi kedua - dua perlawanan dengan menewaskan pasukan sekumpulan.

Diperingkat separuh akhir, pasukan tersebut telah ditentang sengit oleh pasukan Kg. Sg. Balai Darat. Namun, rezeki mereka lebih baik apabila memenangi perlawanan itu sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir untuk bertemu pasukan S. M Irshadiah yang juga layak diperingkat separuh akhir menewaskan pasukan Kg. Sungai Tiang Darat.


Pertembungan sengit di peringkat akhir antara pasukan Balai Polis dengan S. M Irshadiah akhirnya membawa keputusan lebih memihak pasukan tersebut apabila menang kedua - dua set permainan.


Hadiah kejuaraan telahpun disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Tuan Hj. Ariffin @ Ramli bin Hussein pada petang tersebut.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008