pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 1 Februari 2012

DPPK BAGAN DATOH HULUR BANTUAN RAKYAT

BAGAN DATOH, 29 Safar / 23 Januari 2012 - Dewan Pemuda PAS Kawasan ( DPPK ) Bagan Datoh telah meneruskan misi membantu rakyat yang memerlukan di sekitar kawasan DUN Rungkup khususnya. Turut serta program tersebut, Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Hj. Masduki.

Misi yang bermula jam 2. 30 petang dan telah berakhir jam 6.00 petang tersebut  juga telah dibantu oleh beberapa  Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan. Seramai 12 orang telah menerima bantuan serta sumbangan PAS Kawasan dari sekitar kawasan Rungkup, Sungai Burung dan Sungai Betul.

Berkumpul di gerai minum Simpang 4 Rungkup sebelum misi bermula.

Misi penyerahan bantuan bermula disebuah rumah PPRT di Rungkup kecil.

Ustaz Misbah bertanya khabar seorang penerima warga emas ketika menyerahkan bantuan.

Bantuan dihulur, gembira hati si penerima


Para penerima terasa terharu mendapat perhatian PAS Bagan Datoh




Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008