BAGAN DATOH : Walaupun berbeza bangsa dan agama, namun demi keakraban rakan dalam perjuangan kebangkitan rakyat di negara ini Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh melakukan ziarah ke rumah seorang pimpinan Cina di Bagan Sungai Tiang.
Ziarah tersebut adalah sempena meraikan sambutan tahun baharu Cina pada tahun ini. Bertarikhkan 23 Januari lalu, seramai 10 Ajk Dewan Pemuda PAS Kawasan bersama Yang Dipertua PAS Kawasan disambut baik oleh pimpinan kaum cina di sini.
Pertemuan yang penuh keharmonian dan keakraban itu memperlihatkan perpaduan semua bangsa di negara ini telahpun dipupuk sekian lama.
YDP dan AJK Pemuda PAS Kawasan bersama tuan rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan