pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 1 Februari 2012

PAS ZIARAH MANGSA RUMAH ROBOH DITIMPA POHON KELAPA

BAGAN DATOH - Keprihatinan PAS Kawasan Bagan Datoh terhadap kepayahan dan penderitaan rakyat semakian terbukti. Terbaharu, Yang Dipertua PAS Kawasan bersama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan menziarahi seorang mangsa yang ditimpa musibah.

Rumah Yunus Imam yang terletak di Kampung Sungai Balai Darat telah ditimpa sepohon kelapa. Akibatnya, bahagian dapur rumah tersebut telah roboh dan runtuh. Namun, ahli keluarganya selamat melainkan hanya cedera ringan dan dirawat di hospital berhampiran.

Pada lawatan itu juga, Ustaz Mohd Misbahul Munir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan telah memberikan sedikit sumbangan peribadi beliau kepada mangsa musibah.


Ustaz Misbahul Munir melihat keadaan dapur yang ditimpa pohon kelapa.


Keadaan bahagian dapur yang runtuh dan rosak apabila ditimpa pohon kelapa.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008