Liga Arab gantung pemantauan di Syria
KAHERAH - Liga Arab menggantung misi pemantauannya di Syria berikutan tahap keganasan yang semakin teruk di negara itu di samping 10 bulan penenta-ngan Presiden Bashar al-Assad.
Liga Arab membuat keputusan itu kelmarin, beberapa hari selepas Bashar dipanggil meletakkan jawatan dan memberi jalan kepada sebuah kerajaan perpaduan.
Ketidakstabilan di Syria semakin menjadi-jadi ditambah tindakan kasar tentera menentang pemberontak minggu lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orangterbunuh dan 30 cedera akibat terkena tembakan anti-pesawat dan mortar.
Menteri-menteri Luar Liga Arab dijangka mengadakan perbincangan awal bulan depan dengan mengeluarkan arahan pemantauan sepenuhnya, menurut jurucakap liga itu.
Dalam pada itu, Perancis yang meminta tindakan keras ke atas Syria berkata, keputusan Liga Arab perlu tertumpu kepada kehendak akta.
Misi Liga Arab dihantar ke Syria bagi memerhati pelaksanaan pelan damai yang telah gagal menamatkan pergaduhan di negara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan