pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 6 Februari 2012

CERAMAH PENERANGAN OLEH UST. IDRIS AHMAD

RAKYAT MESTI TOLAK UMNO – UST. IDRIS AHMAD

Pelbagai kerosakkan dan penyelewengan UMNO- BN semakin jelas dan nyata di mata rakyat.


BAGAN DATOH : Pelbagai penyelewengan dan penindasan yang telah dilakukan oleh pimpinan Umno- BN semakin jelas dan nyata dimata rakyat. Demikian jelas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada  siri ceramah penerangan anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh bertempat di Kampung Sungai Nipah Baroh, Bagan Datoh disini 30 Januari lalu.


Majlis tersebut yang dihadiri kira – kira 200 orang  penduduk setempat juga menjelaskan isu – isu semasa yang berlaku dalam suasana politik tanah air. Namun pada majlis itu, Ustaz Idris lebih menerangkan kepada rakyat berkaitan isu kepincangan yang dilakukan oleh para pimpinan Umno- BN serta penipuan serta salah guna kuasa kepada rakyat di negara ini.

Antara isu hangat yang dibicarakan ialah isu penyelewengan oleh Dato’ Dr. Muhammad Salleh Ismail iaitu Pengerusi Syarikat National Feedlot Corporations ( NFC ) juga merupakan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurutnya, isu ini masih gagal dijawab dan sekali gus membuktikan bahawa nyata berlakunya penyelewengan oleh individu tersebut.

Selain isu tersebut, beliau juga menyatakan masih lagi ada beberapa isu yang menyelubungi pimpinan Umno- BN gagal untuk dijelaskan kepada rakyat. Makanya, rakyat semestinya harus sedar dan bangkit demi kebaikan serta menyelamat Negara daripada terus dirosakkan Umno- BN.


Turut hadir dan berucap pada majlis tersebut, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh dan Madhi Hassan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh beserta barisan pimpinan kedua – dua parti.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008