pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 4 Februari 2012

CERAMAH PENERANGAN BERKELOMPOK DITERUSKAN LAGI

BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh melalui program Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Rungkup meneruskan lagi tradisi siri ceramah penerangan kepada rakyat di setiap UPU sekitar DUN Rungkup. Terbaharu, siri ceramah tersebut telah dilansgsungkan di UPU Sungai Balai Darat bertempat di sebuah rumah aktivis PAS Kawasan, Hj. Khusainy.

Pada majlis tersebut yang dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh juga merupakan bakal calon PAS Dun Rungkup, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki telah banyak memberikan kata - kata semangat dan penerangan isu - isu semasa kepada hadirin.

Kira - kira 50 orang ahli dan penyokong PAS telah sama - sama memeriahkan majlis pada terSebut. Turut hadir ialah Cikgu Fakhrul Radzi yang juga merupakan bakal calon PKR untuk peringkat Parlimen Bagan Datoh bersama pimpinan PAS dan PKR.

 Kelihatan Ustaz Misbah sedang berceramah penuh semangat disamping Ketua Cawangan, Sdr. Saadon dan  AJK Pas Kawasan ,Sdr. Baharudin.

 Kehadiran Cikgu Fakhrul Radzi menambahkan seri lagi malam tersebut.


 Kehadiran Pak Toyyib selaku mantan Ketua cawangan memberi semangat kepada anak muda.


Menurut Ustaz Misbah, siri ceramah berkelompok di setiap UPU akan diteruskan pada masa datang mengikut jadual yang disusun.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008