pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 8 Februari 2012

SEPAK TAKRAW : SAMBUTAN HEBAT ANAK MUDA

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW JEMPUTAN DPPK BAGAN DATOH MERIAH

Sambutan hangat pemuda dalam Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Pemuda PAS Bagan Datoh bukti anak muda sokong Pakatan Rakyat.

Bagan Datoh : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu program yang menarik jiwa anak muda mendekati parti Islam tersebut. Pada 7 Februari lalu, satu Kejohanan Sepak Takraw Jemputan anjuran Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh 2012 telah dilangsungkan bertempat di Dewan Baharu PAS Kawasan Bagan Datoh, Selekoh di sini.

Sebanyak 6 pasukan regu telah dijemput bagi menyertai kejohanan tersebut yang bertujuan merapatkan ukhwah diantara sesama pemain dan mengenali pimpinan Pemuda PAS Kawasan. Selain bermatlamatkan utama tersebut, penganjuran aktiviti sebegini juga dapat melahirkan serta membentuk sebuah generasi muda yang sihat daripada segi fizikal dan mental.

“ Dengan adanya penganjuran ini, anak muda boleh melihat sebenarnya perjuangan PAS bukanlah menghalang daripada berhibur dan bersukan. Asalkanya ia tidak bertentangan syariat Allah SWT, ” demikian ujar Mustafa bin Ahmad, selaku Timbalan Pengerusi pertandingan tersebut.

Selain penyertaan pasukan jemputan yang bertanding, kehadiran anak muda daripada setiap kawasan berhampiran telah memeriahkan lagi kejohanan itu. Sorakan serta kata – kata semangat sebagai tanda sokongan kepada setiap pasukan yang bertanding.








Sebahagian gambar - gambar sepanjang kejohanan berlangsung.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008