Lagi pendedahan WikiLeaks
LONDON - Laman pembocor maklumat, WikiLeaks, semalam sekali lagi mendedahkan lebih lima juta e-mel sulit milik firma risikan berpusat di Amerika Syarikat (AS), Stratfor.
Dalam kenyataan, WikiLeaks mendakwa pendedahan itu akan membongkar aktiviti rahsia firma tersebut antara Julai 2004 dan Disember 2011.
“Seluruh dunia akan tahu bagaimana agensi perisikan swasta beroperasi dan bagaimana mereka menyasarkan individu untuk menjadi pelanggan korporat dan kerajaan,” menurut kenyataan wakil laman tersebut lagi.
Organisasi dalam talian itu turut mengesahkan mereka mempunyai bukti bahawa Stratfor ada ‘hubungan sulit’ dengan beberapa syarikat gergasi dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri serta Agensi Perisikan Pertahanan AS.
WikiLeaks turut berjanji akan mendedahkan rancangan Stratfor yang didakwa cuba untuk menjatuh kan organisasi mereka dan cubaan AS menyerang Julian Assange.
Sementara itu, firma Stratfor yang diasaskan George Friedman pada 1996 menyatakan fungsi sebenar mereka adalah sebagai ‘pembekal’ yang berasaskan sumber analisis politik antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan