Pakistan dakwa 5 ahli keluarga Osama
ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan akan mendakwa tiga isteri dan dua anak perempuan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden pada 2 April depan kerana memasuki dan menetap di negara itu secara haram, menurut peguam, Muhammad Aamir, semalam.
Aamir berkata, sekiranya disabit bersalah, mereka boleh dikenakan tindakan dihantar pulang atau hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun.
Mahkamah turut memberikan salinan kes dan bukti terhadap mereka.
Difahamkan, dua daripada isteri Osama adalah warga Arab Saudi dan seorang lagi dipercayai berasal dari Yaman.
Ketiga-tiga isteri Osama bersama anaknya diletakkan di bawah perlindungan pihak berkuasa di Pakistan, sejak dia dibunuh oleh komando Amerika Syarikat dalam satu serbuan di Abbottabad pada 2 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan