Nasib empat pemain import Perak 2 April
IPOH - Nasib empat pemain import dari benua Afrika yang kini menjalani latihan bersama pasukan Perak hanya akan diketahui pada 2 April, kata Pengurus pasukan Khairul Azwan Harun.
Keempat-empat pemain dari Ghana, Cameroon, Liberia dan Zambia itu mula menjalani latihan dengan skuad seladang awal minggu ini dan akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Angkatan Tentera Malaysia malam ini.
"Mereka telah diturunkan dalam perlawanan ujian menentang Pahang semalam dan malam ini mereka akan diuji lagi dalam perlawanan menentang Angkatan Tentera," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Khairul Azwan berkata pihaknya menyerahkan kepada Ketua Jurulatih Norizan Bakar membuat keputusan dalam memilih pemain yang sesuai untuk mewakili pasukan.
Beliau berkata daripada pemerhatian yang dibuat semalam, seorang daripada pemain itu menepati ciri-ciri yang dikehendaki pasukan tetapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan