pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 18 Mac 2012

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DUN RUNGKUP MERIAH !

BAGAN DATOH : Kehadiran Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ke Majlis Makan Malam Amal DUN Rungkup menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Sebanyak 45 meja telah dipenuhi hadirin pada malam majlis itu.

Majlis yang telah dianjurkan Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Rungkup itu adalah bertujuan mengumpulkan dana pilihan raya bagi peringkat DUN Rungkup sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Selain itu, ianya juga dapat merapatkan ukhwah antara ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Datoh. 

Turut hadir pada majlis ialah pimpinan PAS dan Parti Keadialan Rakyat ( PKR ) antaranya Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak meragkap YDP PAS Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Perak, Sdr. Madhi Hasan, ADUN Hutan Melintang, S. Kesavan dan ramai lagi di peringkat Kawasan.

 Kehadiran tetamu yang sedang menjamu selera .

 Ustaz Misbahul Munir selaku YDP PAS Kawasan menyampaikan ucapannya.

 Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Bagan Datoh.


Ucapan dan penerangan oleh tetamu khas, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


 Dato' Tuan Ibrahim sedang menjamu selera.

Sdr. Madhi Hassan turut berucap selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008