BAGAN DATOH: Rakyat di sini bagai ditipu dengan papan tanda projek. Demikian situasi yang dapat dilihat dan dirasai penduduk sekitar Bagan Datoh, khususnya mereka yang tinggal di Pekan kecil Sungai Dulang. Katanya tanah tersebut adalah hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia dan menjadi kawasan larangan untuk diceroboh.
Sudah hampir 10 tahun papan tanda tersebut dipacakkan sebagai menyataan tanah itu milik kerajaan. Bukan itu yang rakyat ingin pertikaian. Rakyat faham dan sudah tahu lama tanah itu milik kementerian, tetapi apa yang rakyat ingin tahu dan bangkitkan ialah isunya " DI MANAKAH BANGUNAN SEKOLAH TEKNIK YANG DI JANJIKAN ".
Ada yang mempunyai anak sekolah rendah tahun 1 menanti sehingga tamat anaknya sekolah menengah namun sekolah itu hanya mimpi penduduk. Jika di fahamkan penduduk, dulu semasa Tan Sri Ramli Ghah Talib menjadi menteri besar Perak telah mempersetujui membina sebuah sekolah teknik di lokasi tersebut.
Tetapi ianya didakwa telah "dibatalkan" oleh Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Tajul Rosli Ghazali. Akhirnya, tanah tersebut telah dipajakkan kepada penduduk untuk mengusahakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan