pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 14 Mac 2012

BENARKAH MALAYSIA AMAN DAN SELAMAT ?

Kematian Dirang: Di mana tempat yang selamat?

(Pemimpin wanita Pakatan Rakyat dalam sidang media mereka hari ini melahirkan rasa resah rakyat dengan kematian Nurul Nadirah)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: "Al-Fatihah untuk Nurul Nadirah. Negara ini bukannya yang paling selamat di Asia Tenggara sebagaimana yang didakwa," kata satu kenyataan dalam Twiiter mengenai kematian Nurul Nadirah.

Kenyataan ini dikeluarkan  ekoran kematian adik Nadirah selepas negara ini diistiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara sebelum ini dan media kerajaan menjadikannya laporan muka depan mereka menjelang pilihan raya ini.

Hari ini, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan takziah yang sama kepada adik kecil ini dan mendakwa keselamatan kanak-kanak dan wanita di negara ini berada di tahap yang kritikal.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kes adik  Nurul Nadirah Abdullah yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu membuktikan Malaysia tidak selamat.
"Negara kita dalam keadaan tidak selamat. kes ini adalah sejarah yang menggerikan seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan memang tak sepatutnya berlaku.
"Isu keselamatan kanak-kanak, wanita masih lagi berada di tahap kritikal. Kalau kerajaan mendakwa bahawa negara kita selamat, di mana?" kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Ahli Parlimen itu berharap pembunuh kejam itu dibawa ke muka pengadilan.
"Muslimat amat bersimpati dengan ibu dan keluarga adik Nurul Nadhirah dan saya harap perkara ini tidak berlaku kepada keluarga yang lain.
"Saya harap penjenayah dihadapaihadapkan ke muka pengadilan agar menjadi iktibar kepada orang lain," katanya.
Nada simpati yang sama turut dikongsi timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud.
Ahli Parlimen Kota Raja itu mengingatkan ibu bapa agar tidak mengambil ringan keselamatan anak-anak sebaliknya perlu sentiasa berwaspada walaupun berada di kawasan rumah.
"Saya boleh merasakan empatinya. Ini menunjukkan keadaan selamat yang konon-kononnya ada sebenarnya kita tidak selamat.  Ibu bapa tidka boleh membuat andaian selamat.
"Ibu bapa jangan lupa, mungkin ini penjanayah bersiri dan akan melakukan kekejaman yang sama kepada kanak-kanak lain," katanya.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu  8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008