Pembarisan global
BAITULMUQADDIS - Negara-negara Arab diberi amaran akan dituduh sebagai penceroboh, jika membenarkan aktiviti perbarisan global berlaku pada 30 Mac ini dan menghalang mana-mana pihak mendekati sempadan mereka.

Dakwa rejim, perbarisan yang dianjurkan beberapa parti anti Israel dan menghalang perbarisan itu untuk mendekati sempadan negara tidak diiktiraf itu.

Menurut sumber politik, kerajaan Israel menghantar surat amaran kepada beberapa buah kerajaan termasuk Syria, Lubnan, Mesir, Jordan dan Hamas di Tebing Barat termasuk kepada pihak berkuasa Palestin, dengan meminta negara-negara itu menghentikan ketegangan yang mungkin diwujudkan oleh perbarisan itu.

Disebabkan terlalu bimbang, Israel mengadakan pelan keselamatan di lokasi untuk menghadapi risiko penunjuk perasaan yang menghampiri sempadan, malah rancangan itu dibentangkan dalam mesyuarat kerajaan Israel, semalam.

Dua bulan lalu, jawatankuasa antarabangsa Perbarisan Global ke Baitulmaqdis, mula mengatur program di bawah logo ‘kebebasan untuk Baitulmuqaddis, tidak pendudukan, penghapusan etnik dan pengasingan, tiada prejudis kepada Palestin dan tanah suci’.

Perbarisan yang bakal berlangsung 30 Mac ini, bakal memperlihatkan gabungan suara hati penduduk Palestin, Arab, Islam, Kristian, Yahudi termasuk semua rakyat dunia yang mahukan Israel menamat kan pengabaian mereka terhadap undang-undang antarabangsa melibatkan tanah penduduk Palestin dan Baitulmuqaddis.