pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 4 Mac 2012

BERAMAL KERANA ALLAH..

Jabatan Amal harum nama PAS di luar negara

IPOH, 4 Mac: Jabatan Amal PAS kini boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila tugas sukarela mereka sering mendapat pujian pelbagai pihak.

Sambil melahirkan penghargaan kepada anggota jabatan itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, jasa dan pengorbanan anggota jabatan itu juga telah mengharumkan nama PAS khususnya di Perak berada di tahap ini pada hari ini.

“Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela.

“Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta, Ipoh hari ini.

Lebih dibanggakan kata Ustaz Abu Bakar, apabila khidmat Jabatan Amal bukan sahaja digunakan membantu masyarakat di negara itu, malah turut menyumbang tenaga dalam membantu mangsa bencana di luar negara.

“Malah ramai di antara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarabangsa," ujarnya lagi.

PAS, katanya sangat berbangga dengan Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana kini menjadi salah satu pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Biarpun bertugas tanpa dijanjikan apa-apa ganjaran kepada mereka, anggota Jabatan Amal katanya tidak pernah mengeluh malah sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008