pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 4 Mac 2012

KENYATAAN " BODOH " OLEH KPU TENTANG PERPECAHAN MELAYU!

BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh menyelar kenyataan Ketua Puteri Umno Malaysia berkaitan isu Melayu berpecah sama maksud Islam berpecah. Kenyataan tersebut disiarkan di akhbar " Sinar Harian " semalam.


Pemuda PAS melihat kenyataan beliau itu adalah sebagai kurang bijak atau bahasa kasarnya " bodoh ". Mungkin Ketua Puteri Umno itu tidak faham masalah sebenarnya. Sepatutnya beliau tidak perlu bercakap atau memberi pandangannya berkaitan isu itu.

Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, ketua Puteri Umno Malaysia berkata bahawa kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mengenai isu perpecahan Melayu tidak sepatutnya dibanggakan kerana ianya sama dengan pecahnya umat Islam.

Seharusnya, Ketua Puteri itu terlebih mengaji ilmu agama dahulu secara mendalam baharu berkata isu perpecahan umat Islam.Mungkin kerana kurang kefahaman ilmu agama, beliau menyatakan bangsa Melayu mestinya Islam.

Cuba kita lihat, pada akhir zaman ini ramai umat Islam hanya pada nama.Sebagai contoh mudahnya, hukum Allah swt hanya dipermainkan, di lawan, paling teruk menghalang orang lain untuk melaksanakan hukuman Allah swt di atas muka bumi ini.


Adakah cukup hanya sekadar nama seperti Rosmah, Najib, Muhyiddin, Hishamudin dan Shafie Apdal dan lain - lain lagi tetapi menentang dan menghina hukum Allah swt. Tidak melakukan perintah Allah seperti menutup aurat, rasuah haram, dan macam - macam lagi.

SANGUP BIARKAN PERPECAHAN SAMPAI ADA NEGERI DI TADBIR ORANG BUKAN BUKAN ISLAM

Kenyataan paling lawak dan bodoh oleh ketua puteri umno itu. Mendakwa PAS hanya membiarkan perpecahan dan seterusnya ada kerajaan negeri yang jatuh ke tangan orang bukan Islam.

SOALNYA NEGERI MANA YE ??

FIKIR- FIKIRLAH SENDIRI..:)

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008