Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata bapanya telah dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam setelah terjatuh di bilik air di rumahnya.
Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengebumian.
Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudiankembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi pengerusi Bernama.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat
Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen tahun 2005.
Selain itu beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada tahun 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009.
Jenazah Allahyarham tiba di rumah anak perempuannya itu pada kira-kira pukul 8 malam selepas dimandikan dan dikafankan di Masjid Jalan 222, Petaling Jaya.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira pukul 10 pagi esok. - Bernama