Mat Sabu nafi Pas mahu beri Ambiga kerusi Naib Presiden
KOTA BHARU - Pas menolak dakwaan laporan kononnya terdapat usaha pihak tertentu mahu membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebagai Naib Presiden parti itu.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, setakat ini tidak ada perbincangan untuk mempelawa Pengerusi Bersih 2.0 itu ke dalam Pas, apa lagi meletakkannya dalam barisan tertinggi kepimpinan parti.
Mengulas laporan sebuah akhbar hari ini, Mohamad berkata, semua keputusan adalah berdasarkan mesyuarat bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan