pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 8 Mac 2012

CERAMAH POLITIK : 3 ADUN DAPAT SAMBUTAN HEBAT

3 ADUN JEMPUTAN GAMATKAN SESI CERAMAH 


PARIT 1, SG. SUMUN : Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Hutan Melintang telah menganjurkan sesi Ceramah Politik bersama 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) pada 6 Mac lalu bertempat di perkarangan rumah Hj. Ramlee @ Ariffin Husin, Parit 1 , Sungai Sumun.

Pada sesi ceramah tersebut, telah menampilkan YB. Hj. Anuar bin Sudin ( ADUN Changkat Jong ) YB. S. Kesavan ( ADUN Hutan Melintang ) dan YB Ng Swee Lim ( ADUN Sekhincan) berjaya menarik kehadiran kira - kira 500 orang penyokong Pakatan Rakyat ( PR ) dan penduduk sekitar.


Majlis tersebut telah dipengerusikan sendiri oleh Tn. Hj. Ramlee @ Ariffin Husin selaku tuan rumah juga merangkap pengarah program malam itu. Turut hadir dan berucap pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Sdr. Madhi Hassan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh.


Ceramah pertama telah disampaikan oleh YB. Anuar B. Sudin ( ADUN Changkat Jong ) lebih menceritakan pendekatan perjuangan PAS dalam menegakkan negara berkebajikan. Ucapannya menjurus memahamkan rakyat apa sebenarnya dasar perjuangan PAS dalam membentuk negara Islam yang diperintahkan Allah SWT.


Setelah itu, ucapan diteruskan oleh YB. S. Kesavan ( ADUN Hutan Melintang ) mewakili PKR dalam sesi ceramah tersebut. Beliau lebih menceritakan pengalaman sepanjang menjadi ADUN Hutang melintang.


Ceramah terakhir telah disampaikan oleh YB. Ng. Swee Lim ( ADUN Sekinchan ) juga mewakili ADUN DAP pada malam itu. Ucapan beliau lebih menekankan isu - isu terkini dan berkaitan apa yang beraku di Sekinchan dan negeri Selangor.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramainya!!!!

jambori amal kuala kangsar 2008